Sunday, August 9, 2009

Perkhemahan Perdana 2009

Pada 23-25 july lalu SMK Sri Tanjung telah menganjurkan satu perkhemahan perdana untuk hari kokurikulum sekolah.

Seperti biasa, guru multimedia serta pasukan produksi multimedia telah diberi kepercayaan untuk menjadi AJK Fotografi sepanjang perkhemahan sepanjang perkhemahan tersebut.

Pasukan AJK Fotografi terdiri daripada beberapa orang pelajar Produksi MM 4AJ 2009. Walaupun tugasan ini adalah pertama kali bagi mereka tetapi hasil foto dan kesungguhan mereka amat memberangsangkan. Syabas diucapkan.

Semoga tugasan-tugasan yang akan diberikan pada mereka dari semasa ke semasa dapat meningkatkan kemahiran dan menambhkan pengetahuan.


















Saturday, July 4, 2009

Tuesday, May 5, 2009

ePPDa @ SMK B


semalam telah berlangsung pertandingan ePPDa peringkat Dareah P. SMK B menjadi medan pertempuran para pelajar. Sekolah kami tidak ketinggalan untuk menghantar 3 orang duta khas, pelajar kelas pertengahan, mengambil subjek elektif Produksi Multimedia. Kepakaran dalam bidang multimedia tak dapat dipertikaikan, kepetahan berhujah menjadi pujian guru Bahasa Melayu.

Kalah dan menang adat pertandingan. Apa yang mengecewakan, kami bertanding bukan di atas padang yang rata.

Peraturan pertandingan telah menyatakan komputer peserta di "install" dengan perisian windows XP dan MS Office 2003. Bersikap professional, mematuhi peraturan, itulah yang menjadi pegangan pasukan ini, yang menghumban kami ke jurang, TEWAS... tempat keempat daripada 5 penyertaan.

Anehnya, pemenang tempat pertama dan kedua menggunakan Powerpoint 2007.

Keputusan pengadil adalah mukatamad.

"kenapa tak gunakan teknologi terkini? " kata pengadil...

Mereka telah dikaburi dengan persembahan video yang tidak relevan, terpesona dengan video disebalik tabir..

Apalah yang mampu dilakukan lagi.. semuanya tinggal kenangan dan kekecewaan.


"Tak apa, tahun depan cuba lagi" kata "mereka".

Mungkinkah?

Tuesday, December 2, 2008

~al-Fatihah~

Produksi multimedia telah kehilangan seorang pelajar yang berpotensi.
MUHAMMAD FAIRUL RAFIQ BIN MD RASID telah kembali ke rahmatullah pada 16 nov yang lepas kerana kemalangan jalanraya..
Semoga rohnya tenang...

Wednesday, October 29, 2008