Wednesday, August 19, 2009

Lagu 1 Malaysia

Semangat kemerdekaan.....MERDEKA!!!!!

1 Malaysia

Komposer : Nik Nizam/Errie Naham
Lirik : Lokman Ghani (Lokgha)

Berdiri,
Teguh di bumi nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat,
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan

Perpaduan,
Mendapat rahmat toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan,
Kita bangunkan satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
jadi teras bangsa mulia
Kita bina satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Hari ulang tahun kemerdekaan negara muncul kembali. Ini bermakna dunia sudah semakin tua. 52 tahun sudah kita merdeka, negara sudah berubah, teknologi semakin maju menyebabkan kita seringkali alpa dengan kemewahan dan keharmonian yang telah dianugerahkan. Kita juga lupa dengan kesengsaraan dan kesusahan pahlawan dan pejuang2 kemerdekaan yang bersusah payah mempertahankan bumi yang kita pijak pada hari ini.

Anak-anak muda hari ini lebih mudah menyanyikan lagu-lagu rock berbanding lagu-lagu patriotik, sanggup menghabiskan duit untuk membeli cd dvd berbanding membeli sehelai bendera Malaysia.......zaman yang sudah jauh berubah....

Para pelajar gembira menyambut merdeka bukan kerana semangat kemerdekaan.......
tapi gembira kerana merdeka...tidak perlu belajar.

Para pekerja juga gembira menyambut merdeka bukan kerana semangat kemerdekaan....
tapi gembira menyambut CUTI kemerdekaan.

Para pemuda juga gembira menyambut merdeka bukan kerana semangat kemerdekaan.....
tapi gembira kerana boleh berpoya-poya di malam kemerdekaan.

Semoga dengan sambutan kemerdekaan pada tahun ini selaras dengan sambutan Bulan Ramadhan, sama-sama la kita mengubah mentaliti kita supaya sambutan pada tahun ini lebih bermakna....insyaallah.

Sunday, August 9, 2009

Perkhemahan Perdana 2009

Pada 23-25 july lalu SMK Sri Tanjung telah menganjurkan satu perkhemahan perdana untuk hari kokurikulum sekolah.

Seperti biasa, guru multimedia serta pasukan produksi multimedia telah diberi kepercayaan untuk menjadi AJK Fotografi sepanjang perkhemahan sepanjang perkhemahan tersebut.

Pasukan AJK Fotografi terdiri daripada beberapa orang pelajar Produksi MM 4AJ 2009. Walaupun tugasan ini adalah pertama kali bagi mereka tetapi hasil foto dan kesungguhan mereka amat memberangsangkan. Syabas diucapkan.

Semoga tugasan-tugasan yang akan diberikan pada mereka dari semasa ke semasa dapat meningkatkan kemahiran dan menambhkan pengetahuan.


















Saturday, July 4, 2009

Tuesday, May 5, 2009

ePPDa @ SMK B


semalam telah berlangsung pertandingan ePPDa peringkat Dareah P. SMK B menjadi medan pertempuran para pelajar. Sekolah kami tidak ketinggalan untuk menghantar 3 orang duta khas, pelajar kelas pertengahan, mengambil subjek elektif Produksi Multimedia. Kepakaran dalam bidang multimedia tak dapat dipertikaikan, kepetahan berhujah menjadi pujian guru Bahasa Melayu.

Kalah dan menang adat pertandingan. Apa yang mengecewakan, kami bertanding bukan di atas padang yang rata.

Peraturan pertandingan telah menyatakan komputer peserta di "install" dengan perisian windows XP dan MS Office 2003. Bersikap professional, mematuhi peraturan, itulah yang menjadi pegangan pasukan ini, yang menghumban kami ke jurang, TEWAS... tempat keempat daripada 5 penyertaan.

Anehnya, pemenang tempat pertama dan kedua menggunakan Powerpoint 2007.

Keputusan pengadil adalah mukatamad.

"kenapa tak gunakan teknologi terkini? " kata pengadil...

Mereka telah dikaburi dengan persembahan video yang tidak relevan, terpesona dengan video disebalik tabir..

Apalah yang mampu dilakukan lagi.. semuanya tinggal kenangan dan kekecewaan.


"Tak apa, tahun depan cuba lagi" kata "mereka".

Mungkinkah?