Sunday, March 24, 2013

ku tersenyum lagi....

bila tgk last update blog ni masa result spm 2010...diam xdiam dua tahun dah blalu n kini sekali lagi kluar keputusan untuk batch yang kedua bagi cikgu.....
 
alhamdulillah.....segala debaran dan kegelisahan menunggu keputusan anak2 pelajarku sudah terjawab....

PENCAPAIAN GPMP 2.16
A= 3 ORG PELAJAR
A-= 11 PELAJAR
B+=4 PELAJAR
B=1 PELAJAR

terima kasih dear sbb buat cikgu tersenyum......kamu dh buat cikgu marah, buat cikgu bengang, dah buat cikgu mengamok, pernah buat cikgu menangis dan sekarang kamu dah bjaya buat cikgu tersenyum lebar.....berkenalan dengan kamu, mengajar dan mendidik kamu adalah satu pengalaman indah buat cikgu.....cikgu lega sbb segala apa yang cikgu janjikan pada kamu n pada diri cikgu sendiri sudah cikgu tepati wlaupn kdg2 cikgu terlupa n abaikan kamu semua untuk tugasan2 lain di sekolah......trima kasih sbb memahami n patuh arahan cikgu....cikgu akan pastikan adik2 kamu tingkatan 4AJ tahun ini akan dpt segala yang cikgu beri pada kamu.....cikgu akan pastikan cikgu akan buat yang terbaik untuk mereka seperti janji2 cikgu semasa mengajar kamu.....

FAUZI, HAMBALI, REZAL, AFIF, IMAN, RAIS, SAFIY, ADILA, AFIFA, DALILI, FAZIRA, SYAFIQA, ZAFIRAH, HAWA, NADIA, NAJWA, AZIM, RAZWAN, RAFIDAH

KAMU DAH BUAT YANG TERBAIK DEAR.....CIKGU SANGAT BANGGA DENGAN KAMU
 
 

Wednesday, March 23, 2011

TAHNIAH!!!! para pelajarku....

wahhh lama sudah tak meng 'update' blog ni....tiba-tiba je teringat bila hati tengah tersenyum mengenangkan keputusan SPM Alhamdulillah subjek MPV Produksi Multimedia telah meningkat GPMP mnjadi 3.05...walaupn hanya 3 org dpt A- dan selainnya B+ dan B serta seorang mdpt C+ tapi keputusan ini telah membuat ku melonjak girang...ehehehee... TAHNIAH!!! kepada anak-anak pelajarku syera, shahira, aimi, fateha, fara, sarah, fifi, kiki, aida, fiza, faizal, fauzi, habib, aisam, aizat, daus, wandee, asif, adib dan fhamie...........terutamanya kepada SYERA, HABIB dan FAIZAL yang telah mendapat A- sesungguhnya CIKGU AMAT BANGGA DENGAN KALIAN........terima kasih sbb buat cgu tersenyum... :D

Saturday, October 9, 2010

Demam Periksa......

periksa....periksa...periksa.....demam periksa....fenomena yg tiap tahun mengganggu fikiran bukan setakat pelajar2 tetapi mengganggu ketenteraman guru2 juga.....mana taknya.....kene buat soklan..kene tanda...ada post mortem pulak tu....haishhh...bdk2 kene baca buku....tak lulus kne panggil siap ngn mak bapak sekali......

23/11/2010....satu lg peperiksaan besar yg bakal diduduki pelajar2 tgkatan 5.....kertas peperiksaan yg bakal dijawab oleh pelajar-pelajar ku....anak-anak MPV produksi Multimedia.... alahai anak-anakku...sudah bersediakah kamu semua???????tggl sebulan lebih je sayang.....knapa masih main2 lagi.....knapa msih lg pertikaikan tugas2 yg diberikan kepada kamu semua.....bukan nak mendera tp tu la bekalan tuk hadapi SPM......

Suwandee, fauzi, hasif, daus, aisam, habib, aizat, adib, faizal, fhamie, sarah, shahira, kiki, aida, fifi, shera, aimi, fara, fateha dan fiza.... produk sulung ku.....berusaha la kamu semua.....cgu doakan segala yang kalian usahakan akan berbaloi...bg yg tak berusaha lg tu, cepat2 muhasabah diri....kejayaan takkan dtg bergolek tanpa usaha yg gigih......

p/s: jgn terlalu takbur n riak atas keputusan Percubaan kerana sesungguhnya kita tidak akan tahu apa yg akan blaku dihadapan.......renung-renungkan lah....... (Sbnarnya cikgu masih bimbang ngan korang semua nehhhh!!!!!!!!!argggghhh)

Monday, August 2, 2010

Melaka Mariii...........

huh lama dah tak update blog ni....mcm2 cerita ingin dikongsi tp bila manusia ni ada sifat malas ini la jadinya.....

27 julai yg lalu, mpv produksi mm SMK Sri Tanjung telah mengadakan lawatan ke Melaka....pada mulanya bmacam plan n tempat ingin dilawati tapi disebabkan kesuntukan masa hanya 2 tempat saja yang mampu kami lawati iaitu KYM dan Planetarium(tul ke aku eja ni)...... takpe tahun akan dtg boleh buat plan yg lebih baik.....Terima kasih diucapkan kepada Cgu Solikhin yg telah menguruskan lawatan ini dan juga kepada cgu2 pengiring yang lain.


















Wednesday, August 19, 2009

Lagu 1 Malaysia

Semangat kemerdekaan.....MERDEKA!!!!!

1 Malaysia

Komposer : Nik Nizam/Errie Naham
Lirik : Lokman Ghani (Lokgha)

Berdiri,
Teguh di bumi nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat,
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan

Perpaduan,
Mendapat rahmat toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan,
Kita bangunkan satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
jadi teras bangsa mulia
Kita bina satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Hari ulang tahun kemerdekaan negara muncul kembali. Ini bermakna dunia sudah semakin tua. 52 tahun sudah kita merdeka, negara sudah berubah, teknologi semakin maju menyebabkan kita seringkali alpa dengan kemewahan dan keharmonian yang telah dianugerahkan. Kita juga lupa dengan kesengsaraan dan kesusahan pahlawan dan pejuang2 kemerdekaan yang bersusah payah mempertahankan bumi yang kita pijak pada hari ini.

Anak-anak muda hari ini lebih mudah menyanyikan lagu-lagu rock berbanding lagu-lagu patriotik, sanggup menghabiskan duit untuk membeli cd dvd berbanding membeli sehelai bendera Malaysia.......zaman yang sudah jauh berubah....

Para pelajar gembira menyambut merdeka bukan kerana semangat kemerdekaan.......
tapi gembira kerana merdeka...tidak perlu belajar.

Para pekerja juga gembira menyambut merdeka bukan kerana semangat kemerdekaan....
tapi gembira menyambut CUTI kemerdekaan.

Para pemuda juga gembira menyambut merdeka bukan kerana semangat kemerdekaan.....
tapi gembira kerana boleh berpoya-poya di malam kemerdekaan.

Semoga dengan sambutan kemerdekaan pada tahun ini selaras dengan sambutan Bulan Ramadhan, sama-sama la kita mengubah mentaliti kita supaya sambutan pada tahun ini lebih bermakna....insyaallah.

Sunday, August 9, 2009

Perkhemahan Perdana 2009

Pada 23-25 july lalu SMK Sri Tanjung telah menganjurkan satu perkhemahan perdana untuk hari kokurikulum sekolah.

Seperti biasa, guru multimedia serta pasukan produksi multimedia telah diberi kepercayaan untuk menjadi AJK Fotografi sepanjang perkhemahan sepanjang perkhemahan tersebut.

Pasukan AJK Fotografi terdiri daripada beberapa orang pelajar Produksi MM 4AJ 2009. Walaupun tugasan ini adalah pertama kali bagi mereka tetapi hasil foto dan kesungguhan mereka amat memberangsangkan. Syabas diucapkan.

Semoga tugasan-tugasan yang akan diberikan pada mereka dari semasa ke semasa dapat meningkatkan kemahiran dan menambhkan pengetahuan.